Belajar bahasa Melayu bersama haiwan
Belajar bahasa Melayu melalui aktiviti yang seronok di River Wonders! Perkayakan kosa kata dan kemahiran bertutur sambil mengenali haiwan kami.
Sumber Aktiviti Prasekolah
Bahan-bahan yang disediakan dalam sumber akitiviti ini akan mendorong para pendidik untuk mengendalikan aktiviti di dalam dan luar bilik darjah. Ia termasuk aktiviti pra-lawatan, semasa lawatan dan pasca lawatan.
Sumber Aktiviti Sekolah Rendah
Belajar bahasa Melayu dengan cara yang kreatif melalui aktiviti Jejak Nusantara. Bahan-bahan pengajaran termasuk aktiviti pra-lawatan, semasa lawatan dan pasca lawatan. Para pendidik boleh mengendalikan aktiviti di dalam dan luar bilik darjah.
Rakaman Pengongsian Pengajaran Bahasa Melayu (MOE)
Contoh-contoh yang dikongsikan dalam rakaman video ini akan mendorong anda mengendalikan aktiviti pembelajaran bahasa Melayu dengan seronok untuk kanak-kanak sama ada di rumah atau di taman kami.
Tak kenal maka tak cinta! Kita bermesra pula bersama panda Kai Kai dan Jia Jia melalui aktiviti-aktiviti menarik sambil kita memperkenalkan bahasa Melayu kepada kanak-kanak.